Pelajar Malaysia hina kerajaan di luar negara - Utusan Malaysia

Pelajar Malaysia hina kerajaan di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang menteri kabinet membongkar kegiatan pelajar Malaysia yang memburuk-burukkan kerajaan di New Zealand sambil mengingatkan bahawa keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan.

Menteri Perusahaan Utama, Tun Musa Hitam yang mendedahkan perkara itu memberitahu bahawa, beliau akan mengemukakan satu laporan kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengenai kegiatan pelajar-pelajar Malaysia di New Zealand dan Australia yang telah dipesongkan pengetahuan mereka mengenai keadaan sebenar yang berlaku di Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 November 1973 – Persatuan Penulis dan Pendokong Sastera Daerah Pontian (PERSADA) mencadangkan agar perkataan “operator” ditukar kepada “taliwanis” untuk wanita dan “taliwira” untuk lelaki.
  • 5 November 1974 – Malaysia akan menghantar dua buah filem bercorak ‘feature’ ke Pesta Filem ASEAN yang akan berlangsung di Jakarta pada 12 November ini, iaitu ‘Permintaan Terakhir‘ dan ‘Malaysia 5‘.
  • 5 November 1979 – Persatuan Bola Sepak Kuantan akan mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya penjaga gol utamanya Lim Chuan Chin dimasukkan dalam senarai nama pasukannya bagi menghadapi pertandingan Piala FAM tahun ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya