Malaysia pengeluar 42 peratus getah asli dunia - Utusan Malaysia

Malaysia pengeluar 42 peratus getah asli dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 November 1972, Utusan Malaysia melaporkan negara dijangka mengeluarkan sebanyak 42 peratus daripada jumlah penghasilan getah asli dunia dalam tahun ini, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh perhimpunan ke-23 kumpulan kajian getah antarabangsa.

Bekalan getah asli dunia tahun ini termasuk baki simpanan Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah sebanyak 3.1 juta tan dan dari jumlah itu, Malaysia akan menyumbangkan sebanyak 1.33 juta tan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 November 1977 – Sistem ‘bulatan‘ yang menjadi punca utama kesesakan lalu lintas di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan dihapuskan berperingkat bermula penghujung tahun hadapan.
  • 4 November 1979 – Dewan Senat Amerika Syarikat telah meluluskan peruntukan sebanyak 30 juta Dollar (RM66 juta) untuk bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan bagi menolong mengatasi kebuluran di Kemboja.
  • 4 November 1982 – Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan satu mata pelajaran baru iaitu pendidikan moral dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ke seluruh negara mulai tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya