Akta syarikat perlu dikaji semula - Utusan Malaysia

Akta syarikat perlu dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Pengerusi Petronas, hari ini menyeru kerajaan supaya mengkaji dan menyemak semula akta syarikat-syarikat tahun 1965.

Menurut beliau lagi, langkah itu adalah penting kerana banyak saham-saham dan harta benda yang menjadi sebahagian daripada harta kekayaan negara ini dikuasai oleh orang-orang yang bukan warganegara dan mereka yang tidak bermastautin di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 November 1971Pengajian Bahasa Malaysia adalah popular di Australia hingga hampir semua universiti dan sekolah-sekolah menengah di negara itu menggunakannya sebagai bahasa kedua.
  • 14 November 1972MARA akan mendirikan kilang-kilang kecil untuk disewakan kepada bumiputera sebagai menambah penyertaan mereka dalam perusahaan dan perindustrian.
  • 14 November 1973 – Polis Pontian telah memusnahkan kira-kira 2,000 batang pokok ganja bernilai hampir RM20 ribu seluas setengah ekar di Kampung Parit Marjunid, Benut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya