Motorola pindahkan ibu pejabat di Hong Kong ke KL - Utusan Malaysia

Motorola pindahkan ibu pejabat di Hong Kong ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Oktober 1975, Utusan Malaysia melaporkan sebuah syarikat elektronik antarabangsa yang mempunyai pelaburan kira-kira RM50 juta di rantau ini, memindahkan ibu pejabatnya bagi rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Asia-Pasifik, Motorola Incorporated Semiconductor Bahagian Barangan, Franc R.J. Deweeger berkata, langkah itu sebagai satu bukti keyakinan terhadap Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 Oktober 1971 – Penyanyi pop, Rahim Jamil yang terkenal dengan lagu-lagu berentak joget dan ala Hindustan meninggalkan alam seni suara dan menukar corak kehidupan kepada perusahaan piring hitam.
  • 30 Oktober 1972 – Renjer Malaysia bakal mempunyai satu lagi batalion dan rancangan penubuhannya sedang disusun dengan mengambil anggota dari Kawasan Khas Keselamatan, Bahagian Ketiga Sarawak bagi batalion tersebut.
  • 30 Oktober 1974Bank of Tokyo mengumumkan sumbangan sebanyak suku juta ringgit kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena ulang tahunnya yang ke-15.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya