fbpx

Pengantin Diraja Johor dan Perak selamat diijabkabulkan

Pada 24 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan majlis akad nikah antara Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail dengan Raja Zarith Sofia, puteri Sultan Perak selamat berlangsung dengan penuh istiadat di Masjid Ubudiah, Bukit Candan malam tadi.

Istiadat tersebut disaksikan bersama oleh Raja Muda Perak yang mewakili kerabat diraja Perak dan Tengku Bendahara Johor mewakili kerabat Diraja Johor.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 September 1977 – Penyanyi Rahimah Rahim akan mengadakan pertunjukan khasnya malam esok di Stadium Negara, Kuala Lumpur yang akan turun bersama tunangnya Mohd. Nor, bintang bola sepak terkemuka dari Singapura.
  • 24 September 1979 – Seluas 55,000 dari 62,000 ekar tanah yang ditetapkan di kawasan Kemansol dekat Mentakab didapati sesuai untuk tanaman pokok pine, di bawah rancangan ladang pine hutan simpan Kemansol.
  • 24 September 1982 – Amin Gemayel, seorang ahli politik dari Parti Phalangist Kristian, hari ini mengangkat sumpah menjadi Presiden Lebanon yang baru.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN