Majlis Penasihat Pelabuhan Kebangsaan ditubuh - Utusan Malaysia

Majlis Penasihat Pelabuhan Kebangsaan ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 September 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah Majlis Penasihat Pelabuhan Kebangsaan di bawah Kementerian Perhubungan akan ditubuhkan yang bertindak sebagai badan penasihat mengenai perkembangan dan kegiatan pelabuhan di negara ini.

Badan ini akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua kegiatan pelabuhan serta mengawasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabuhan yang berada dalam negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 September 1971 – Malaysia mengeksport getah sebanyak 754,445 tan yang berharga RM848.6 juta dalam masa tujuh bulan (Januari-Julai) tahun ini.
  • 9 September 1972 – Warta berita yang bersiaran pada pukul 9 malam di TV Malaysia akan digelar ‘Berita Perdana‘, kata Menteri Penerangan, Tan Sri Ghazali Shafie.
  • 9 September 1974 – Penyanyi kecil yang berusia 14 tahun, Gary Joseph Gideon yang mendapat tempat keempat dalam pertandingan ‘Bintang RTM‘ telah diterima menjadi pelakon di Merdeka Filem Production.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya