Ibu Pejabat Pos Malaysia paling moden di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Ibu Pejabat Pos Malaysia paling moden di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 September 1983, Utusan Malaysia melaporkan bangunan baharu Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur yang juga Ibu Pejabat Pos Malaysia telah siap dan kerja-kerja terakhir sedang rancak berjalan menjelang pembukaannya pada awal Oktober depan.

Terletak di Kompleks Dayabumi, pejabat pos itu adalah yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara. Projek bernilai RM40 juta itu merupakan satu lagi mercu tanda Kuala Lumpur.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 September 1971 – Persatuan Islam Jogjakarta merayu kepada Presiden Suharto supaya mengambil langkah-langkah untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Islam di selatan Filipina.
  • 22 September 1972 – Kerajaan sedang membuat kajian dan berkemungkinan untuk mendirikan kilang-kilang memproses jering dan petai di negara ini bagi pengeluaran ubat penyakit kencing manis dan darah tinggi.
  • 22 September 1973 – Setiausaha St. John Ambulan Malaysia Cawangan Perlis, N. Dalliah dipilih untuk menerima pingat ‘Serving Brother‘ dari Ratu Elizabeth II.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.