Rancangan Buku Hijau disusun semula - Utusan Malaysia

Rancangan Buku Hijau disusun semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan mengkaji dan menyusun semula pelaksanaan rancangan Buku Hijau dengan menekankan aspek meninggikan daya pengeluaran dan penggunaan tanah secara ilmiah dan optima kata Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan dan pentadbiran rancangan pertanian negara akan dipanggil untuk membincang perkara itu bagi menyusun satu strategi pembangunan pertanian yang lebih berkesan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Ogos 1975 – M. Dattaya dari Perak berjaya mencipta rekod baru Sukan Kebangsaan dan Sukan SEAP 1965 dalam acara baling tukul besi di Kejohanan Olahraga Kebangsaan ke-53 di Stadium Larkin.
  • 7 Ogos 1977Hail Amir merupakan salah seorang penyanyi popular yang akan menyertai rombongan artis-artis ASEAN yang akan mengelilingi negara-negara ASEAN, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
  • 7 Ogos 1979 – Presiden Francisco Nguema yang memerintah Guinea dengan penuh kekejaman telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.