Keris, lembing dan parang dibolehkan untuk hiasan - Utusan Malaysia

Keris, lembing dan parang dibolehkan untuk hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Musa Hitam hari ini menjelaskan bahawa, keris, lembing dan parang adalah dikecualikan dari pengharaman senjata bahaya jika ia hanya digunakan sebagai bahan kebudayaan atau perhiasan rumah.

Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan, setiap pemilik perlulah membuktikan bahawa kegunaan alat-alat berkenaan hanyalah bagi tujuan yang dimaksudkan apabila disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 13 Julai 1972Sistem ejaan Malaysia-Indonesia akan dilaksanakan di Indonesia mulai 17 Ogos ini, sempena hari ulang tahun kemerdekaan republik itu.
  • 13 Julai 1979 – Sebuah bank perdagangan baru, Sabah Bank Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Sabah telah memulakan perniagaan secara rasmi semalam.
  • 13 Julai 1984 – Sebuah syarikat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, Mandarin Resources Corporation Ltd. mencipta sejarah apabila berjaya membeli sebuah loji di Zon Ekonomi Khas Shenzen (SEZ) di China.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya