Nahas helikopter di Laut China Selatan, 15 hilang - Utusan Malaysia

Nahas helikopter di Laut China Selatan, 15 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah helikopter yang membawa 15 orang pekerja pelantar minyak dilaporkan hilang di ruang angkasa Laut China Selatan kira-kira 20 batu dari pantai Kuantan.

Helikopter tersebut merupakan jenis Westland Wessex yang dimiliki oleh Syarikat Helikopter Bristow yang ketika kejadian sedang mengangkut pekerja ke pelantar carigali minyak milik Perbadanan Continental (CONICO) di Sotong A dan B kira-kira 100 batu dari sini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Ogos 1975 – Buat pertama kali, sekumpulan pakar bedah Australia seramai 25 orang yang diketuai oleh Dr. Jones berjaya melakukan pembedahan ke atas kembar Siam di Mercy Maternity Hospital, Melbourne.
  • 20 Ogos 1979 – Malayan Banking Berhad memberi pengakuan bahawa ia akan mengekalkan pemandangan di Bukit Mahkamah yang ada sekarang walaupun ia akan membina ibu pejabatnya berharga RM100 juta di situ.
  • 20 Ogos 1982 – Pengarah filem Jins Shamsuddin akan memulakan kajiannya mengenai gambaran sebenar peristiwa berdarah sejarah Pasir Salak untuk difilemkan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya