fbpx

Barisan Nasional menang 90 kerusi secara percuma

Pada 9 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 90 kerusi (47 Parlimen) dan (43 Dewan Negeri) setelah calon-calonnya menang tanpa bertanding selepas tempoh masa pencalonan ditutup sepenuhnya.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak (Pekan) dan timbalannya, Tun Hussein Onn (Sri Gading) serta beberapa orang menteri kabinet adalah antara yang berjaya di peringkat awal ini. Tarikh pembuangan undi sebenar untuk Pilihanraya Umum Keempat itu pada 24 Ogos ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Ogos 1975 – Drama simbolik “Bulan Hanya Satu” hasil karya Madulara yang dipentaskan oleh Kumpulan Seni Drama Kota Melaka (KUSDRAKOM) telah berjaya menjadi johan drama peringkat Negeri Melaka.
  • 9 Ogos 1977 – Menteri Luar Indonesia, Tun Adam Malik berkata, negaranya menyokong penuh cadangan menubuhkan sebuah universiti ASEAN serta ura-ura mendirikannya di Sabah
  • 9 Ogos 1982 – Kerajaan menubuhkan majlis penyelaras badan-badan kreatif Malaysia bagi meninjau masalah daya kreatif dalam persembahan rancangan budaya dan seni menerusi media massa.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!