Tabung Haji ejen majukan ekonomi Islam - Utusan Malaysia

Tabung Haji ejen majukan ekonomi Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Julai 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, Tabung Haji yang setakat ini berjaya mengumpul wang orang-orang Islam sebanyak RM900 juta boleh menjadi ejen terbesar dan berkesan dalam usaha memajukan masyarakat dan ekonomi Islam di negara ini.

Beliau menegaskan, Tabung Haji adalah paling sesuai dan istimewa bagi orang Islam membuat pelaburan termasuk memajukan tanah wakaf kerana telah membuktikan kejayaannya dari segi pengurusan, wang modal dan pengalaman dalam bidang berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Julai 1971 – Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Khir Johari akan merasmikan pembukaan pusat pemasangan kereta jenis Audi yang ke-100 di Champion Motors di Batu Tiga.
  • 30 Julai 1972 – Dewan Perniagaan Cina Johor mengalu-alukan langkah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) untuk meluaskan lagi rancangan bantuannya meliputi pekerja-pekerja yang berdaftar di luar kawasan masing-masing.
  • 30 Julai 1973 – Jabatan Mergastua Negeri Pahang telah merampas dan memusnahkan lebih 300 jerat yang digunakan oleh pemburu- pemburu untuk menjerat binatang liar bulan lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya