Penswastaan Telekom, hanya syarikat yang benar-benar layak diutamakan - Utusan Malaysia

Penswastaan Telekom, hanya syarikat yang benar-benar layak diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Julai 1985, Utusan Malaysia melaporkan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikat Pengganti) 1985 diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan jaminan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos bahawa lesen menswastakan perkhidmatan itu akan hanya dikeluarkan kepada syarikat yang benar-benar sesuai.

Menteri berkenaan, Datuk Leo Moggie berkata, syarat utama syarikat yang bakal mengambil alih perkhidmatan Telekom di negara ini mestilah bersikap adil dan peka kepada kehendak penduduk di bandar dan luar bandar.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Julai 1973 – Kementerian Kesihatan sedang menyiapkan satu rancangan jangka panjang bagi mengatasi penyakit demam denggi di negara ini.
  • 26 Julai 1974 – Kerajaan berjaya menyekat kemasukan ‘wang panas‘ dari luar negeri untuk menjalankan sebarang kegiatan spekulasi yang membawa kesan-kesan buruk terhadap ekonomi negara ini.
  • 26 Julai 1984 – RTM akan menyiarkan satu siri baru ‘Bahasa Kita‘ tidak lama lagi untuk meluaskan pengetahuan dan kefahaman rakyat mengenai penggunaan bahasa Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya