Saham Koperasi Bersatu dilancar - Utusan Malaysia

Saham Koperasi Bersatu dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan pendaftaran dan penjualan saham Koperasi Bersatu sambil mengingatkan seluruh masyarakat Melayu supaya jangan terlalu mengharapkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.

“Saya terpaksa memberikan amaran ini memandangkan sekarang ini sudah ada sesetengah golongan Melayu yang kini mula meragukan perniagaan-perniagaan yang dijalankan oleh kita sendiri, semata-mata kerana mereka mengharapkan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat”, kata Tun Dr. Mahathir.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Jun 1971Bank Dunia mengumumkan bahawa pinjaman berjumlah RM56.1 juta telah diluluskan kepada Malaysia untuk pembangunan telekom, manakala RM48.3 juta lagi untuk pembangunan pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.
  • 16 Jun 1972 – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menawarkan pinjaman sejumlah RM9 juta kepada Malaysia bagi tujuan pembinaan sebuah masjid Muslim Hitam di Chicago, Amerika Syarikat.
  • 16 Jun 1973 – Buat pertama kalinya seramai 27 orang penuntut baru akan diambil belajar di Fakulti Perhutanan Universiti Pertanian, apabila penggal pertama universiti itu dibuka 22 Julai ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya