Malaysia ingatkan China mengenai PKM - Utusan Malaysia

Malaysia ingatkan China mengenai PKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Jun 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia mengingatkan Republik Rakyat China supaya tidak menunjukkan sebarang bentuk sokongan terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) jika mahu hubungan erat dan baik kedua-dua negara berkekalan.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memberitahu pendirian itu telah disampaikan oleh Wisma Putra melalui Duta Besar China di sini, Tuan Wang Yu-Ping.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Jun 1971 – Kerajaan Negeri Sembilan akan menaikkan elaun ketua-ketua kampung diseluruh negeri daripada RM240 kepada RM360 setahun mulai bulan Julai depan.
  • 23 Jun 1972 – Malaysia telah mengambil masa selama dua jam untuk mengalahkan Singapura (5-0) seterusnya menjadi johan pertama kejohanan sepak raga “Oskar Khir Johari” di stadium tertutup Han Chiang, Pulau Pinang.
  • 23 Jun 1976 – Malaysia berjaya memenangi empat buah tropi “Twin Lions” dari enam buah filem yang dipertandingkan dalam Pesta Filem Asia Ke-23 di Busan, Korea Selatan pada 15-18 Jun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya