Enam pelayaran 'Malaysia Raya' dan 'Ratu Timur' - Utusan Malaysia

Enam pelayaran ‘Malaysia Raya’ dan ‘Ratu Timur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan kapal haji ‘Malaysia Raya‘ dan ‘Ratu Timur‘ akan membuat enam pelayaran pada musim haji tahun ini untuk membawa seramai lebih 13,000 orang jemaah haji ke tanah suci.

Empat pelayaran akan dilakukan oleh kapal Malaysia Raya sementara dua lagi oleh kapal Ratu Timur, kata Timbalan Pengarah Besar Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Hanafiah Ahmad.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Jun 1973 – MAS telah menempah 500,000 unit kipas mengkuang daripada Mara Negeri Terengganu sebagai satu usaha bagi memperkenalkan kepada dunia penerbangan antarabangsa
  • 14 Jun 1974 – Jabatan Orang Asli Negeri Perak sedang membina sebuah sekolah kebangsaan, sebuah asrama dan dua buah rumah guru berharga RM28,000 untuk anak-anak Orang Asli di kawasan Pos Piah, 41 batu dari Kuala Kangsar.
  • 14 Jun 1977 – Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman membidas rancangan “Warisan“, TV Malaysia kerana menggambarkan seolah-olah kemerdekaan negara ini telah “diberikan dalam talam emas”.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya