Serangan bom AS ke Pangkalan Khe Sanh. - Utusan Malaysia

Serangan bom AS ke Pangkalan Khe Sanh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Mac 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kapal terbang pengebom Amerika telah melancarkan empat serangan bom berhampiran tempat persembunyian komunis di kawasan berdekatan dari Pangkalan Khe Sanh di Vietnam.

Serangan tersebut bertujuan membantu gerakan mengusir tentera Vietnam Utara yang sedang mengancam pangkalan Marin Amerika.

Berpuluh-puluh tan bom telah digugurkan keatas tempat meriam-meriam dan parit-parit di gunung yang dijadikan tempat persembunyian kira-kira 16,000 tentera Vietnam Utara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Mac 1969 – Kapal terbang Jet Anglo-French Jenis Concorde 001 memulakan penerbangan pertamanya di Toulouse, Perancis.
  • 4 Mac 1984 – Pertandingan Bola sepak Piala Razak akan berubah corak dan mungkin dipertandingkan selari dengan pertandingan Piala Malaysia pada tahun hadapan.
  • 4 Mac 1985 – Tan Sri Elyas Omar, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Bola sepak Wilayah Persekutuan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya