Parti Hisbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dilancar secara rasmi - Utusan Malaysia

Parti Hisbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dilancar secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Mac 1983, Utusan Malaysia melaporkan Parti Hisbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dengan rasminya dilancarkan oleh Pengerusi Penajanya, Tan Sri Asri Muda yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Agung Pas.

Ketika memberitahu kira-kira 500 orang penyokong parti baharu tersebut, pelancaran HAMIM berasaskan kepada tujuh matlamat perjuangan. Antaranya ialah memperjuangkan Islam agar diterima dan diyakini sebagai akidah dalam semua bidang kehidupan dalam menuju keredhaan Allah melalui dakwah secara lisan atau tulisan dan amalan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Mac 1969 – Pemimpin terkemuka Kaum Ibu PAS, Pn Khadijah Sidek mengisytiharkan diri keluar dari PAS kerana menurutnya parti itu tidak tegas memperjuangkan hak-hak kaum wanita
  • 25 Mac 1973 – Seniwati Latifah Omar menemui kembali peminatnya dalam filem “Hati Batu” keluaran Studio Cathay Keris setelah enam tahun menghilangkan diri dalam dunia filem.
  • 25 Mac 1980 – Prakash Padukone muncul pemain India pertama menjuarai persorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Seluruh England dengan menewaskan Lim Swie King dari Indonesia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya