880,000 hilang hak untuk mengundi - Utusan Malaysia

880,000 hilang hak untuk mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Mac 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 880,000 pengundi baharu akan kehilangan hak mengundi jika pilihan raya umum diadakan lebih awal dari bulan Jun tahun ini.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya akan hanya mengesahkan daftar pemilih baharu pada 13 April ini, iaitu empat hari sebelum Majlis Tertinggi UMNO bersidang antara lain membincangkan perkara pilihan raya.

Jumlah besar pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya akan datang kira-kira 5.07 juta orang.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Mac 1969 – Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom mengumumkan perkhidmatan telefon luar negara akan diperluaskan ke Turki, Gambia dan Mauritius mulai April ini
  • 29 Mac 1971 – Projek Pengairan Kemubu mula membekalkan air ke kawasan sawah seluas 19,020 hektar pada awal Mac tahun hadapan dan dijangka dapat menambah pendapatan kepada 25,000 keluarga petani
  • 29 Mac 1979 – Timbalan Menteri Pengangkutan, Mohd. Ali merasmikan pelancaran kapal tunda “Beserah” Kuantan yang dibina di Limbungan Malaysia Shipyard dan Engineering Sdn. Bhd. (MSE) di Pasir Gudang, Johor

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya