BN kekalkan kerusi Pelabuhan Kelang - Utusan Malaysia

BN kekalkan kerusi Pelabuhan Kelang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menyifatkan kemenangan cemerlang calon Barisan Nasional, V. Govindaraj dalam Pilihan Raya Kecil Pelabuhan Kelang sebagai petanda rakyat menjunjung tinggi rukun perpaduan.

Calon BN tersebut memperoleh 17,219 undi menewaskan K. Ramesan (DAP – 7,777 undi), Subky Latiff (PAS – 7,525 undi) serta empat orang calon bebas yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 3 Disember 1972
    Pengarah S. Kadarisman memperkenalkan heroin baru, Satifah Ali, 25 tahun, dalam filem terbarunya berjudul ‘Darah Pahlawan’.
  • 3 Disember 1977
    Sebuah al-Quran bertulis tangan berusia kira-kira 150 tahun tulisan ulamak Allahyarham Muhammad Kassim ditemukan di Madrasah Maufiqiah Kampung Gajah, Perak.
  • 3 Disember 1979
    Sabree Salleh, 29 tahun merupakan anak Melayu pertama memegang tali pinggang hitam peringkat keempat bertaraf antarabangsa tae kwan do yang membolehkan beliau menyebarkannya ke mana jua.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya