Yusoff Ishak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Yusoff Ishak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 24 November 1970, Utusan Malaysia melaporkan Presiden Singapura, Yusoff Ishak, 60, meninggal dunia di Rumah Sakit Besar di Outram Road, Singapura kerana penyakit jantung.

Allahyarham yang menjadi ketua negara republik itu sejak 1959 juga adalah pengasas dan Pengarah Urusan pertama syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 24 November 1968
    Filem “Pendekar Tunggal” arahan S. Kadarisman giat menjalani penggambaran di Merdeka Studio, Ulu Kelang.
  • 24 November 1973
    Pentadbiran Guthrie Corporation akan berpindah dari London ke Kuala Lumpur mulai tahun depan.
  • 24 November 1974
    Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan suara terbanyak telah meluluskan usul-usul membenarkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negara mereka di Timur Tengah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.