fbpx

UMNO mahu Pas kekal dalam BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 14 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan Naib Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, UMNO masih mahu Pas duduk dalam Barisan Nasional (BN) tetapi menegaskan parti itu tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia terpaksa disingkir.

“Tetapi kalau Pas tidak mahu, kita tak boleh buat apa-apa,” ujarnya dalam ceramah kepada ahli UMNO di Ipoh.

Tengku Razaleigh menyeru Pas supaya kembali kepada keputusan perundingan 1974 untuk menubuhkan BN yang saling menghormati antara parti-parti komponen.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 14 November 1969
    Sebuah Persatuan Baseball akan ditubuhkan di Negeri Selangor sebagai langkah pertama untuk menubuhkan badan itu di peringkat kebangsaan.
  • 14 November 1970
    Bekas Ketua Perpustakaan Australia, Sir Harold White akan tiba di Malaysia untuk menjadi penasihat penubuhan Perpustakaan Kebangsaan Malaysia.
  • 14 November 1973
    Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Ungku Aziz mengumumkan universiti tersebut menjadikan kelayakan mengajar dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai syarat utama pengambilan kakitangan, pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI