fbpx

Parti Buruh menang di New Zealand

PADA 26 November 1972, Mingguan Malaysia melaporkan Parti Buruh pembangkang telah mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum New Zealand.

Sehingga lewat petang semalam, Parti Buruh memenangi 56 dari 87 kerusi Parlimen dan sedang mendahului Parti Kebangsaan pimpinan Perdana Menteri, John Marshall yang setakat ini hanya memenangi 31 buah kerusi.

Kemenangan itu menyaksikan Norman Kirk, 49 tahun, akan menjadi salah seorang dari Perdana Menteri New Zealand yang paling muda.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 26 November1969
    Pemangku Setiausaha Majlis Perbandaran Melaka, En. Chua Ban Chuan menyatakan penggunaan kereta lembu di kawasan Perbandaran Melaka akan diharamkan mulai tahun 1971.
  • 26 November 1974
    Sebuah Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru Kerajaan Australia menghapuskan kekuasaan “Raja Kepulauan Cocos”, John Ciunies yang memperhambakan 500 orang Melayu di pulau tersebut.
  • 26 November 1979
    Berucap ketika merasmikan mesyuarat agung pertama PAPITA, Menteri Penerangan mengumumkan akan menaikkan bayaran sehingga 100% kepada penyanyi tempatan yang bersiaran di RTM.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!