LIPATAN SEJARAH Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan. - Utusan Malaysia

LIPATAN SEJARAH Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPATAN SEJARAH

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan.

Pada 11 November 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang diluluskan oleh Dewan Negara
pada 9 November 1977 akan dilaksanakan serta-merta sebaik sahaja Yang Di-Pertuan Agong menandatanganinya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkan hal demikian berkata, pelaksanaannya tidak boleh ditangguhkan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

11 November 1970 – Rancangan penanaman pokok pine untuk perusahaan kilang kertas oleh kerajaan sejak 10-15 tahun yang lalu
dijangka berpotensi dalam tempoh 30 tahun akan datang.

11 November 1971 – Tengku Mahkota Johor terpilih mewakili Malaysia dalam acara menembak ke Sukan SEAP keenam pada Disember ini.
Ini merupakan kali ketiga Baginda mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

11 November 1977 – Penggambaran filem “Nasib Si Badul” arahan Aziz Sattar lakonan A.R Badul dan R. Jaafar sedang berjalan dengan baik.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya