Kekalkan meriam purba di Muzium Negara - Utusan Malaysia

Kekalkan meriam purba di Muzium Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 23 November 1983, Utusan Malaysia melaporkan orang ramai mahukan meriam purba yang dihadiahkan oleh Pengerusi Eksekutif Malaysia Mining Corporation (MMC), Desa Pache kepada Muzium Negara dikekalkan di muzium tersebut agar orang ramai dapat menyaksikannya.

Reaksi orang ramai itu adalah berikutan tuntutan kerajaan negeri Selangor terhadap meriam berusia lebih 100 tahun itu. Ada kalangan peguam pula memberitahu di bawah Akta Benda Purba 1976, barang-barang bersejarah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 23 November 1970
    Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka telah mengambil 40 dari 100 ekar tanah di Tanjung Rachado (Tanjung Tuan) untuk dimajukan
    sebagai kawasan pelancongan.
  • 23 November 1971
    Lembaga Pengarah MAL dengan persetujuan kerajaan memutuskan menukar nama dari Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAL) kepada Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS).
  • 23 November 1977
    Bandar di Pahang yang dikenali dengan nombor giliran telah dan akan dinamakan semula antaranya Bandar 20 sebagai Bandar Muadzam Shah, Bandar 22 (Bandar Tun Abdul Razak), Bandar 14 (Kota Bahagia) dan Bandar 19 (Perwira Jaya).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya