Jawatankuasa ekonomi baru dibentuk - Utusan Malaysia

Jawatankuasa ekonomi baru dibentuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 9 November 1969, Mingguan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Gerakan Negara, Tun Abdul Razak mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Penyelaras Khas yang dipengerusikan oleh beliau sendiri untuk melaksanakan dasar ekonomi baharu negara.

Jawatankuasa tersebut menyelaras semua agensi ekonomi kerajaan termasuk Mara, Fida, MIDFL dan Pusat Daya Pengeluaran Negara yang bertujuan memperhebatkan lagi perkembangan ekonomi negara dalam mengatasi masalah pengangguran pada masa itu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 9 November 1971 
    Keretapi Tanah Melayu akan menerima pinjaman RM48 juta daripada Bank Dunia untuk memperbaiki perkhidmatannya di bawah RMK-2.
  • 9 November 1973
    Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman RM68 juta untuk membiayai Pelabuhan Kuantan.
  • 9 November 1974
    Lang Rajawali milik TUDM dihantar ke Muzium Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya