Samy Vellu pangku jawatan Presiden MIC - Utusan Malaysia

Samy Vellu pangku jawatan Presiden MIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 14 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Presiden MIC, Tun Samy Vellu secara automatik menjadi Pemangku Presiden MIC berasaskan perlembagaan parti menggantikan mendiang Tan Sri V. Manickavasagam yang meninggal dunia semalam.

Sementara itu pemangku jawatan Timbalan Presiden akan ditentukan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC November depan untuk memilih salah seorang daripada tiga Naib Presiden iaitu Datuk K. Pathmanaban, Senator S.Subramaniam dan Datuk G. Pasamanickam.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 14 Oktober 1973
    Tentera Jordan dan Arab Saudi tiba di Syria untuk bertempur dengan tentera Israel yang cuba mara ke Damsyik.
  • 14 Oktober 1982
    Satu-satunya kilang memproses biji gajus di Terengganu, FIMA Timuran Cashew Industry ditutup.
  • 14 Oktober 1983
    Kesalahan “mengintip” di bawah Akta Rahsia Rasmi akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara seumur hidup setelah pindaan ke atasnya diwartakan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.