fbpx

Manickavasagam diberi penghormatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan mayat mendiang Menteri Komunikasi, Tan Sri V. Manickavasagam dibakar mengikut amalan agama Hindu setelah diberi penghormatan negara. Sebelumnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan lagu Last Post dan tembakan ke udara dilepaskan sebagai tanda hormat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Lorong Duta.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 Oktober 1969
    Piala Emas Raja-Raja diumumkan menggantikan Piala Emas Sultan-Sultan.
  • 15 Oktober 1971
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dianugerahkan ‘Pingat Matahari Naik’ iaitu anugerah bintang kehormat tertinggi Jepun.
  • 15 Oktober 1973
    Kabinet kerajaan Thailand meletakkan jawatan ketika rusuhan pelajar merebak ke seluruh Bangkok.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN