Bank Pertanian ditubuhkan bantu petani - Utusan Malaysia

Bank Pertanian ditubuhkan bantu petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 22 Oktober 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Gerakan Negara, Tun Abdul Razak merasmikan pelancaran Bank Pertanian Malaysia yang akan dijadikan penyokong utama kemajuan petani-petani di seluruh negara.

Pelancaran dibuat sempena mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Bank tersebut yang mengandungi tujuh orang. Antara tugas utama Bank Pertanian pada waktu ini ialah mengadakan kemudahan kredit di dalam kawasan Perairan Sungai Muda dan Kemubu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 22 Oktober 1968
    Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan Malaysia akan mempunyai “Yayasan Kajian Pertanian dan Pembangunan Malaysia (MARDI).
  • 22 Oktober 1979
    Tun Samy Vellu dilantik menjadi Menteri Kerja Raya dan Kemudahan – Kemudahan Awam menggantikan Datuk Lee San Choon yang bertukar ke Kementerian Pengangkutan.
  • 22 Oktober 1984
    Dua terbunuh, empat cedera dan tiga masih hilang apabila alang (cross-beam) salah sebatang tiang Jambatan Pulau Pinang yang dalam pembinaan runtuh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya