Peraturan baharu jadi ahli KWSP diperkenal - Utusan Malaysia

Peraturan baharu jadi ahli KWSP diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 24 September 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan individu bekerja sendiri boleh menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menikmati faedah dan kemudahan sama seperti pekerja lain.

Di bawah peraturan baharu mereka boleh mencarum antara RM5 hingga RM250 sebulan mengikut kemampuan masing-masing dan caruman ini boleh ditambah apbila pendapatan mereka meningkat. Perubahan ini berlaku dengan penguatkuasaannya Akta KWSP (pindaan) 1977.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 24 September 1971
    Malam Muzikarama anjuran EMI di Stadium Negara menampilkan P. Ramlee sebagai juruacara. Antara artis terlibat ialah Sanisah Huri, Rafeah Buang, Saloma, Sarina Hashim dan The Experiments.
  • 24 September 1972
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada akhir lawatannya mengumumkan Switzerland bersetuju menolong melatih rakyat Malaysia dalam sektor pelancongan.
  • 24 September 1973
    Datuk Mohamad Asri dipilih semula sebagai Yang Di-Pertua Agung PAS selepas mendapat 261 undi menewaskan Senator Abu bakar Hamzah (34 undi).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.