Bank Islam kumpul RM27.3j dalam tiga bulan - Utusan Malaysia

Bank Islam kumpul RM27.3j dalam tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 September 1983, Utusan Malaysia melaporkan Pemangku Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengumumkan Bank Islam Malaysia Berhad berjaya mengumpul sebanyak RM27.3 juta melibatkan 12,649 penyimpan dalam tempoh masa tiga bulan sejak dilancarkan.

Pemangku Menteri Kewangan itu juga mengumumkan Bank Islam telah mendapat ‘lesen kebenaran’ Bank Negara untuk membuka cawangannya di negeri-negeri lain.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 28 September 1971
    Korea Utara membuka pintu perdagangan seluas-luasnya kepada Malaysia.
  • 28 September 1975
    Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn mengumumkan nilai Ringgit Malaysia tidak lagi berasaskan dollar.
  • 28 September 1979
    Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memperoleh keuntungan bersih selepas cukai RM40.22 juta bagi tahun berakhir 31 Mac 1979.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya