fbpx

19 September 2021, 6:40 am

  TERKINI

25 mati tragedi feri Sungai Krian karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 14 September 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 25 orang, kebanyakannya murid sekolah lemas dalam tragedi feri karam di Sungai Kerian, Parit Buntar, Perak.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi semasa feri tersebut dalam perjalanan dari Bandar Bharu ke Parit Buntar. Semasa kemalangan, feri tersebut membawa sebuah bas sekolah dengan sekurang-kurangnya 19 penumpang, penunggang basikal, sebuah kereta Morris Minor, seorang penunggang motosikal dan murid-murid sekolah.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 14 September 1972
    Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu memperuntukkan RM68,420 untuk mendirikan 21 buah gudang getah, sebuah rumah asap dan 20 buah stor di Kedah.
  • 14 September 1974
    Pengarah dan pelakon veteran, M. Amin kembali berlakon dalam filem warna-warni “Rahsia Hatiku” keluaran Merdeka Studio, Ulu Kelang.
  • 14 September 1975
    Perintah berkurung dari 12 tengah malam hingga 5 pagi akan dikuatkuasakan di beberapa bahagian Seberang Prai, termasuk Butterworth, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal mulai tengah malam esok.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN