Letupan bom musnahkan Tugu Negara - Utusan Malaysia

Letupan bom musnahkan Tugu Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan Tugu Negara musnah akibat satu letupan bom angkara perbuatan khianat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab kira-kira pada pukul 5 pagi.

Polis percaya empat orang ejen Barisan Pembebasan Malaya (MNLF) termasuk seorang wanita bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Letupan memusnahkan patung-patung perajurit dan meretakkan tapak asas tugu tersebut yang diperbuat dari batu marmar.

Letupan itu turut memecahkan cermin tingkap beberapa buah rumah berhampiran.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 27 Ogos 1968
    Sebuah Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan (UKM) dibentuk di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Syed Nasir Ismail dilantik sebagai pengerusi.
  • 27 Ogos 1974
    Raja Permaisuri Agong selaku Canselor Universiti Malaya merasmikan Rimba Ilmu Universiti Malaya.
  • 27 Ogos 1975
    Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan, Datuk Abdul Ghani Gilong merasmikan upacara permulaan kerja projek pembangunan Lapangan Terbang Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya