Agong rasmi Hospital Universiti - Utusan Malaysia

Agong rasmi Hospital Universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 6 Ogos 1968, Utusan Malaysia melaporkan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah merasmikan pembukaan Hospital Universiti yang berharga RM50 juta di Petaling Jaya.

Baginda bertitah, rakyat Malaysia boleh berbangga dengan terbinanya hospital itu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan dalam hanya 10 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 2,500 orang kenamaan, termasuk jemputan khas dari beberapa universiti dan maktab perubatan luar negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 6 Ogos 1972
    Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn menegaskan, tidak ada masalah memindahkan Fakulti Pertanian Universiti Malaya ke Universiti Pertanian yang akan dilancarkan tahun hadapan.
  • 6 Ogos 1982
    Kerajaan menandatangani perjanjian pembelian 12 jet pejuang jenis MB339 untuk TUDM dengan Syarikat Air Macchi dari Itali.
  • 6 Ogos 1984
    Pelari pecut Amerika Syarikat, Carl Lewis memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dengan catatan 9.99 saat di Sukan Olimpik Los Angeles.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya