Tanaka Perdana Menteri baharu Jepun - Utusan Malaysia

Tanaka Perdana Menteri baharu Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kakuei Tanaka telah dipilih menjadi Perdana Menteri (PM) baharu Jepun menggantikan Tun Eisaku Sato yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pertengahan Jun lalu.

Tanaka, 54 tahun, merupakan pemimpin termuda pernah menjadi Perdana Menteri Jepun. Beliau adalah bekas budak tani yang berjuang dalam politik sehingga muncul sebagai ahli politik yang kuat dengan fahaman pro-Amerika.

Beliau juga merupakan ahli politik Jepun yang pertama tanpa memiliki sebarang ijazah pelajaran memegang jawatan Perdana Menteri.

Dalam kabinet Sato, Tanaka memegang jawatan Menteri Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 6 Julai 1968
    Jabatan Imigresen mengharamkan kemasukan rombongan penari-penari Ramvong dari Thailand.
  • 6 Julai 1970
    Ketua Negara Kemboja yang digulingkan, Putera Noradum Sihanouk dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan Mahkamah Tentera di Phnom Penh tanpa kehadirannya.
  • 6 Julai 1983
    Permohonan Bank Rakyat untuk menjadi bank perdagangan ditolak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya