Presiden Nixon akui Watergate - Utusan Malaysia

Presiden Nixon akui Watergate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2 Mei 1973, Presiden Nixon memberitahu seluruh rakyat Amerika Syarikat melalui televisyen bahawa beliau memikul tanggungjawab bagi peristiwa Watergate walaupun mendakwa tidak tahu-menahu mengenainya.

Skandal Watergate merujuk kepada kerja-kerja pengintipan yang dilakukan oleh segolongan orang kanan White House terhadap Watergate, markas besar Parti Demokrat menjelang pilihan raya presiden tahun lalu. Perbuatan ini menyalahi Undang-Undang Pilihan Raya Amerika Syarikat dan merupakan satu jenayah.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 2 Mei 1977
    Doktor dan peguam merupakan golongan profesional memperoleh pendapatan paling tinggi dalam sektor swasta di Malaysia pada tahun 1973.
  • 2 Mei 1972
    Malaysia dan Indonesia akan menubuhkan perusahaan bebas masing-masing untuk menjalankan perkhidmatan feri di Selat Melaka antara Sumatera dan Pantai Barat Semenanjung.
  • 2 Mei 1980
    Osman Zailani menggantikan pelawak S. Shamsuddin dalam filem “Sesejuk Air Mata Ibu” sekali gus menyebabkan skrip terpaksa diubah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya