Tunku Abdul Rahman rasmi stesen satelit - Utusan Malaysia

Tunku Abdul Rahman rasmi stesen satelit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 7 April 1970, Stesen Satelit Bumi di Kuantan, Pahang yang berharga RM9 juta telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Serentak dengan perasmian tersebut, penduduk di negara ini dapat menyaksikan siaran langsung yang dipancarkan dari Jepun. Ia adalah perbualan Duta Besar Malaysia ke Jepun,  Hussein Osman dengan Tunku Abdul Rahman.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 7 April 1968
    Enam empangan di Sungai Bengawan Solo di Pulau Jawa pecah menyebabkan banjir berlaku di 11 daerah. Sebanyak 55,000 terpaksa dipindahkan dan 12,000 hektar tanah ditenggelami air.
  • 7 April 1971
    Dianggarkan kira-kira 200,000 orang penduduk Malaysia menghidap diabetes.
  • 7 April 1984
    Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ordinan Pekerja 1955 akan dipinda sebagai satu langkah mencapai matlamat 70 juta penduduk.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya