Filem Enam Jahanam mula ‘shooting’ - Utusan Malaysia

Filem Enam Jahanam mula ‘shooting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 April 1969, satu majlis diadakan di Studio Merdeka di Ulu Klang bagi melancarkan pembikinan filem terbaharu P. Ramlee berjudul Enam Jahanam.

Menurut P. Ramlee, filem itu amat berat kerana pelakon-pelakon terpaksa menghabiskan masa yang lama bagi melatih diri menggunakan senjata selain berlatih cara bertempur.

Antara barisan pelakon selain P. Ramlee ialah Nor Azizah, Yusoff Latiff , Osman Amin dan Yusof B.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 13 APRIL 1971
    Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menegaskan Badan Pencegah Rasuah akan terus diberi kuasa untuk bertindak ke atas tokoh politik dan pegawai kerajaan yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
  • 13 APRIL 1976
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa memberitahu, bakal haji akan dibekalkan kampit makanan seperti “ration tentera” mulai musim haji akan datang.
  • 13 APRIL 1977
    Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), pimpinan Sanusi Junid sebulat suara setuju keluar daripada Majlis Belia Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected] .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.