fbpx

12 April 2021, 12:33 am

  TERKINI

Bhutto digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 5 April 1979, bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto menjalani hukuman gantung hingga mati pada waktu subuh di penjara daerah Rawalpindi dan dikebumikan di tanah perkuburan tempat kelahirannya lapan jam kemudian.

Bhutto dan empat orang anggota pasukan keselamatan persekutuan didapati bersalah atas tuduhan merancang serangan untuk membunuh Ahmad Reza Kasuri, seorang musuh politiknya di Lahore pada tahun 1974.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 5 April 1973
    Empat pelawak, Hamid Bond, Mahmud Al-Kicap, S. Shamsuddin dan Wahid Satay merakamkan lagu lawak ke piring hitam.
  • 5 April 1982
    Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dan Parti Tindakan Demokrat (DAP) bersetuju bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum pada 22 April 1982.
  • 5 April 1983
    Gempa bumi menggegarkan bangunan-bangunan tinggi di Pulau Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN