Tun Razak rasmi Persatuan Peladang Kebangsaan - Utusan Malaysia

Tun Razak rasmi Persatuan Peladang Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 Mac 1972, Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pelancaran Persatuan Peladang Kebangsaan dengan harapan menjadikannya harta pusaka yang akan diwarisi turun temurun sebagai alat kemajuan dan perpaduan negara.

Tun Razak juga mengumumkan pinjaman RM4.2 juta daripada kerajaan Pusat kepada persatuan tersebut sebagai modal pusingan bagi menjayakan aktiviti di seluruh negara. Seramai 1,000 wakil persatuan peladang termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Besar, Kolej Pertanian Serdang (kini Universiti Putra Malaysia), Kuala Lumpur.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 25 Mac 1969
    Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman akan merasmikan pembukaan kompleks peranginan Genting Highlands sambil meletakkan batu asas sebuah hotel.
  • 25 Mac 1977
    Kerajaan Selangor membina sebuah empangan bernilai RM32 juta dalam hutan rimba di kawasan Kuala Pansun, Hulu Langat.
  • 25 Mac 1979
    Filem Sumber Ilhamku yang menampilkan Latiff Ibrahim dan Sharifah Aini sebagai pelakon utama dalam proses penggambaran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya