Terengganu umum keluar minyak mentah pertama - Utusan Malaysia

Terengganu umum keluar minyak mentah pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 20 Mac 1978, Menteri Besar Terengganu, Datuk Haji Wan Mokhtar Ahmad mengumumkan pengeluaran minyak mentah pertama di negeri itu menerusi beberapa buah telaga minyak di perairan Terengganu.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran minyak mentah negeri itu ditingkatkan sehingga 120,000 tan sehari menjelang tahun 1979.

Pengumuman tersebut menjadikan Terengganu sebagai pengeluar minyak mentah paling besar di Malaysia iaitu melebihi 40 peratus keluaran minyak negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 20 Mac 1969
    Perasmian kilang Perusahaan Basikal Raleigh Malaysia, yang pertama di Asia Tenggara oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
  • 20 Mac 1974
    Sebuah Feri di Tanjung Karang, Selangor tenggelam, 30 orang nyaris maut.
  • 20 Mac 1979
    Puan Aliah Abdul Rahman adalah wanita pertama menyandang jawatan Ketua Kampung, iaitu di Kampung Pulau Danawan, Sabah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya