Bakat baru Uji Rashid dalam Permintaan Terakhir - Utusan Malaysia

Bakat baru Uji Rashid dalam Permintaan Terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAKONAN pelakon baru Uji Rashid dalam filem Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong keluaran Merdeka Filem Production mendapat liputan menarik oleh wartawan Utusan, Bahyah Mahmood.

Artikel yang dikeluarkan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 2 februari 1975 itu membuat ulasan mengenai Uji Rashid yang membawa watak Salina, iaitu seorang gadis yang mengidapi penyakit barah dalam kepala.

Uji Rashid Berjaya menimbulkan rasa benci di hati penonton bila dia membuli kakaknya, menimbulkan rasa simpati yang mendalam bila ia jadi insaf setelah tahu mengidap penyakit kronik dan menimbulkan rasa simpati mendalam di saat-saat ia menemui maut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya