Jaga pemakanan, elak gout

Jaga pemakanan, elak gout

BENJOLAN gout membesar secara kronik apabila penyakit Gout tidak dirawat dengan betul setelah bertahun-tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gout berpunca daripada asid urik yang tinggi akibat penghasilannya secara berlebihan atau kurang penyahbuangan bahan kumuh dalam badan.

Kristal asid urik ini akan termendap pada sendi menyebabkan berlakunya radang pada sendi seterusnya menyebabkan gejala sakit, bengkak dan merah sehingga boleh mengakibatkan demam.

Pakar Perubatan Dalaman dan Felo Subkepakaran Perubatan Dalaman Akut, Hospital Seremban, Dr. Fatimah Zaharah Rosli berkata, asid urik adalah bahan kumuh yang terhasil daripada proses metabolisme badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sel-sel dalam badan yang mati akan menghasilkan “purin” dan ia akan melalui proses perkumuhan yang menukarkannya kepada asid urik yang dikeluarkan melalui air kencing.

“Kandungan asid urik dalam darah akan meningkat sekiranya penghasilan asid urik berlaku secara berlebihan atau proses perkumuhan melalui air kencing tidak berlaku secara berkesan, “ katanya.

Peningkatan tahap asid urik di dalam darah menyebabkan ia mudah termendap pada organ berbeza. Selain itu, ia boleh menyebabkan kerosakan sendi akibat benjolan gout dan kerosakan buah pinggang apabila batu karang terbentuk daripada asid urik.

“Ibu jari kaki adalah sendi pertama berlakunya serangan gout kerana sendi ibu jari kaki seperti sendi-sendi lain mengandungi bahan pelincir yang mempunyai pH yang lebih tinggi daripada pH darah. pH yang lebih tinggi ini menggalakkan pembentukan kristal asid urik.

“Ibu jari kaki adalah kawasan yang mempunyai suhu paling rendah dalam badan dan asid urik lebih mudah membentuk kristal pada suhu rendah berbanding tinggi. Kedua-dua faktor ini membuatkan serangan gout buat pertama kali biasanya berlaku pada ibu jari kaki dan diberi nama podagra,” katanya.

Dua peringkat gejala gout

Dr. Fatimah Zaharah yang juga aktivis I-Medik berkata, gejala gout boleh berlaku dalam dua peringkat berbeza.

“Peringkat pertama adalah radang akut pada sendi, kebiasaannya sendi ibu jari kaki kiri atau kanan. Radang berlaku tiba-tiba, mengakibatkan bengkak, merah dan rasa sakit amat sangat sehinggakan boleh membataskan pergerakan pesakit.

“Tanpa rawatan, radang ini boleh beransur pulih dengan sendirinya setelah beberapa hari, namun ia boleh menjadi semakin kronik dan membabitkan sendi lain seperti lutut, siku, pergelangan tangan dan sebagainya, “ katanya.

Serangan gout yang berlaku secara berulang kali biasanya mempunyai darjah kesakitan lebih rendah tetapi membabitkan lebih banyak sendi. Pada peringkat ini benjolan gout yang kecil (microtophi) boleh terbentuk pada kulit, tulang rawan seperti telinga dan urat keting.

Peringkat kedua pula dinamakan Chronic Tophaceous gout di mana “tophi” atau benjolan gout membesar secara kronik apabila penyakit gout tidak dirawat dengan betul setelah bertahun-tahun.

Benjolan gout yang besar ini sering terjadi pada sendi jari tangan dan kaki, siku dan urat keting malah boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, termasuklah di injap jantung.
Risiko gout

Individu yang lebih berusia dan golongan lelaki, lebih berisiko mengalami gout. Ini kerana lelaki menghasilkan lebih banyak asid urik berbanding wanita.
Kekerapan penyakit gout paling tinggi dalam kalangan lelaki yang berusia 45 tahun ke atas. Bagi wanita yang sudah melalui menopaus, penghasilan asid urik didapati menyamai –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini