Myanmar laksana projek perintis kenderaan elektrik

Myanmar laksana projek perintis kenderaan elektrik

MYANMAR kini aktif menjalankan projek perintis kereta elektrik. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Myanmar sedang melaksanakan projek perintis kenderaan elektrik (EV) selama setahun bermula dari 1 Januari lalu selepas mengimport 40 kereta elektrik buatan China, bulan lalu.

Lapor portal Xinhua, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kenderaan Elektrik, Sai Kyaw Naing Oo berkata, di bawah projek perintis itu, 10 daripada kereta import BYD e2 China akan digunakan sebagai teksi elektrik di bandar komersial Yangon dan 10 lagi kenderaan akan digunakan sebagai teksi di ibu kota Nay Pyi Taw.

Katanya, jawatan kuasa peneraju peringkat kebangsaan juga sedang berusaha mengimport EV, mengeluarkan EV di negara ini dan membina stesen pengecas untuk mengembangkan sektor EV.

Untuk menggalakkan sektor kenderaan elektrik, Myanmar turut menubuhkan Jawatankuasa Peneraju Peringkat Kebangsaan bagi Pembangunan Kenderaan Elektrik dan Perniagaan Berkaitan yang merangkumi lima jawatan kuasa kerja, pada Jun tahun lepas.

Negara itu kemudiannya memberikan kemudahan tarif sifar ke atas kereta elektrik yang diimport berkuat kuasa mulai 2 November tahun lalu hingga 31 Mac tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada projek perintis, sebuah program perkongsian pengetahuan mengenai kenderaan elektrik dianjurkan oleh jawatan kuasa dan organisasi EV berkaitan di bandar komersial Yangon pada Sabtu lalu yang menarik lebih 200 peserta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya