AS tutup tiga lapangan terbang gara-gara belon pengintip China

AS tutup tiga lapangan terbang gara-gara belon pengintip China

JABATAN Penerbangan Awam AS mengeluarkan notis pemberhentian operasi untuk tiga lapangan terbang di Carolina Utara dan Carolina Selatan, semalam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) menutup tiga lapangan terbang di bahagian timur negara itu sebagai usaha keselamatan berikutan kontroversi isu belon pengintip China yang berlegar-legar di ruang udara negara berkenaan sejak Selasa lalu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan kepada AFP dalam satu kenyataan memberitahu, ketibaan dan perlepasan dihentikan di tiga lapangan terbang di negeri Carolina Selatan dan Utara bagi menyokong Jabatan Pertahanan dalam usaha menjamin keselamatan negara.

Semalam, tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip China ketika berada di luar pantai Carolina Selatan, seminggu selepas ia memasuki ruang udara negara itu.

Lapor Al Jazeera, belon berkenaan mencetuskan episod pengintipan dramatik yang secara tidak langsung memburukkan hubungan di antara Beijing dengan Washington.

Presiden AS, Joe Biden berkata, beliau mengeluarkan arahan pada Rabu lalu supaya belon itu ditembak, tetapi Pentagon mengesyorkan supaya menunggu sehingga ia boleh dilakukan di kawasan terbuka bagi melindungi orang awam daripada serpihan yang terhempas ke bumi.

“Kami berjaya menurunkannya dan saya ingin memuji para tentera udara kami yang melakukannya,” kata Biden kepada pemberita.

Kata seorang pegawai kanan tentera AS, beberapa pesawat pejuang terlibat dalam misi itu termasuk sebuah jet pejuang F-22 dari Pangkalan Tentera Udara Langley di Virginia yang menggunakan satu peluru berpandu supersonik, AIM-9X .

Sewaktu belon pengintip itu ditembak, rakaman televisyen turut menunjukkan berlaku satu letupan kecil diikuti dengan serpihan belon yang menjunam ke arah air. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya