Israel guna taktik kotor umum pelan rakyat miliki senjata api

Israel guna taktik kotor umum pelan rakyat miliki senjata api

Belia Israel menyalakan lilin untuk mengenang mangsa-mangsa terkorban di lokasi serangan tembakan di Baitulmuqaddis Timur, Jumaat lalu. -AFP

BAITULMUQADDIS: Israel mengumumkan rancangan untuk memudahkan rakyatnya mendapatkan senjata api di tengah-tengah keganasan yang semakin memuncak di wilayah yang diduduki rakyat Palestin.

Menurut laporan Al Jazeera, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan langkah itu kelmarin selepas mengadakan mesyuarat Kabinet.

Menurut Netanyahu, menerusi perancangan itu, pihaknya akan mengerahkan rakyatnya untuk meningkatkan kekuatan pasukan tenteranya.

Malah, beliau berjanji untuk mempercepatkan permit senjata bagi warga Israel selain meningkatkan usaha untuk mengumpul senjata haram.

Rumah penyerang Palestin yang disyaki juga akan ditutup serta-merta sebelum perobohan, kata Netanyahu.

Jumaat lalu, tujuh terbunuh dalam kejadian tembakan di luar rumah ibadat Baitulmuqaddis Timur.

Pejabat Netanyahu kemudian berkata, faedah keselamatan sosial untuk keluarga penyerang juga akan dibatalkan.

Selain itu, Netanyahu menjanjikan langkah baharu untuk menguatkan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki tetapi tidak memberikan butiran.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN