Covid-19: kematian harian China menyusut 80 peratus

Covid-19: kematian harian China menyusut 80 peratus

KIRA-kira 664 juta perjalanan dilakukan di seluruh China semasa tempoh perayaan Tahun Baharu Cina. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Jumlah kematian harian Covid-19 di China menyusut hampir 80 peratus sejak awal bulan ini, kata pihak berkuasa negara itu.

Keadaan ini dilihat sebagai satu petanda bahawa lonjakan jangkitan wabak penyakit di negara itu kini mula berkurangan.

Bulan lalu, gelombang kes Covid-19 memuncak di negara paling ramai penduduk di dunia itu dan kerajaan China secara tiba-tiba menamatkan dasar sifar Covid mereka.

Malah, angka jangkitan yang diperoleh kerajaan dipercayai hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar memandangkan China dikatakan mempunyai definisi sempit mengenai kematian Covid.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China minggu lalu berkata, hampir 13,000 orang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan Covid-19 iaitu di antara 13 dan 19 Januari.

Sebelum itu, sekitar 60,000 orang meninggal dunia akibat virus itu di hospital dalam masa lebih sebulan.

Pengumuman kerajaan tempatan dan laporan media baru-baru ini menunjukkan bahawa gelombang itu mula surut setelah memuncak pada akhir Disember dan awal Januari sehingga hospital dan krematorium penuh sesak.

Kini, terdapat 896 kematian disebabkan oleh virus itu di hospital pada Isnin lalu, penurunan sebanyak 79 peratus berbanding 4 Januari, kata CDC China.

Kes teruk di hospital juga berkurangan kepada 36,000 Isnin lalu mewakili penurunan 72 peratus daripada paras tertinggi 128,000 pada 5 Januari, kata CDC China lagi.

Pengumuman itu dibuat semasa cuti umum terbesar Tahun Baharu Cina, dengan pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran bahawa tempoh perjalanan besar-besaran dan perhimpunan sosial boleh mencetuskan peningkatan semula jangkitan.

Sehingga Selasa lalu, kira-kira 664 juta perjalanan dilakukan di seluruh China semasa tempoh perayaan Tahun Baharu Cina, menurut stesen penyiar televisyen negeri, CCTV melaporkan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya