Piza durian buat perut berkeroncong - Utusan Malaysia

Piza durian buat perut berkeroncong

Piza durian jadi rebutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kambing golek, piza durian sajian enak buka puasa di Mines Beach Resort. Melangkah masuk ke lobi Mines Beach Resort, Seri Kembangan, sudah semerbak bau aroma kambing bakar yang datang dari restoran di tingkat satu.

Sebaik pintu lif terbuka, pelbagai aroma makanan yang menyelerakan menyerbu ke hidung membuatkan perut terus berkeroncong.

Sebaik ditunjukkan penyambut tetamu, tempat duduk di balkoni yang menghadap pantai buatan dan tasik, segera ‘terbang’ segala keletihan selepas menempuh kesesakan jalanraya tadi. Dari jauh kelihatan feri di tepi tasik, menghidangkan panorama petang yang indah.

Cef Mohamad bersama sekawah nasi mandy hasil sentuhannya yang menyelerakan.

Di sebelah kiri balkoni, terdapat sudut gril dan barbeku yang menghidangkan kambing golek, ikan, udang dan anak ketam yang dibakar. Ada juga otak-otak dan satar. Ternyata kesemuanya enak dimakan dengan sos barbeku yang pekat.

Bufet Ramadan 2023 menyajikan citarasa warisan Malaysia dengan lebih 100 masakan yang dihidangkan ala gerai bazar Ramadan.

Sambil menikmati hidangan, pelanggan dihiburkan dengan iringan lagu-lagu nostalgia dan lagu raya oleh Orkes Esentrik.

Masakan ala kampung turut dihidang seperti gulai kawah. Ia menggunakan tiga jenis gulai iaitu gulai daging atau itik salai cili api, gulai ikan asam pedas, gulai kambing kawah dan gulai ikan masin talang dengan nanas.

Peminat masakan Timur Tengah boleh menikmati hidangan yang dimasak oleh tukang masak dari Palestin, Cef Mohamad. Antaranya nasi mandy, shawarma, hummus, baba ghanoush dan salad serta roti Lebanon. Manisan Arab seperti baklava yang dihidang bersama walnut.

PIZA DURIAN JADI REBUTAN

Piza durian menjadi rebutan, jika terlewat jawabnya pasti ‘melepas’.

Walaupun diletakkan sederet dengan dua piza lain di bahagian manisan dan kuih muih, piza durian nampak paling laris dan sentiasa dicari dulu pelanggan. Rasanya memang enak, lemak dan manis bila digandingkan dengan keju diatasnya.

Terdapat juga stesen menempatkan kuih-muih tradisional seperti kuih talam, bingka, puding jagung, ondeh-ondeh dan biskut samperit dan biskut coklat yang diletakkan dalam balang kaca.

Hilangkan dahaga dengan aneka jenis air seperti longan dengan jeli hitam, ABC dan cendol yang di makan bersama isi durian, cincau, jagung manis, kacang merah dan kacang masin.

Gerai bubur lambuk turut ditempatkan di sudut sebelah kanan. Anda boleh menikmati bubur lambuk dengan aneka bahan yang disediakan seperti seruding ayam, serunding daging, bawang goreng dan telur masin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya