SPEKULASI mengenai status hubungan pertunangan antara Neelofa dan Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Sehingga artikel ini ditulis tidak ada pencerahan sebenar duduk perkara mengenai pasangan popular ini. Walaupun empunya diri seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka berdua ‘retak menanti belah’ tetapi tidak ada pengumuman rasmi mengenai dikeluarkan mereka berdua. Lebih menguatkan andaian, hubungan kedua-duanya dikatakan telah putus apabila Neelofa kini dilihat tidak lagi…










