Lebih 300 sajian warnai bufet Ramadan Pulse Grande Hotel

Lebih 300 sajian warnai bufet Ramadan Pulse Grande Hotel

Suasana bufet Ramadan beserta pelbagai menu kegemaran yang disajikan seperti nasi Arab dan teh tarik istimewa ala kampung di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 300 sajian fusion Melayu dan antarabangsa menanti pengunjung di Pulse Grande Hotel (PGH) di Putrajaya menerusi Santai Iftar Raikan Bersama Bufet Ramadan 2026 yang mengetengahkan suasana berbuka puasa dalam persekitaran yang santai.

Bufet Ramadan kali ini disusun dengan hampir 30 stesen bazar juadah termasuk 15 stesen ‘live cooking’, membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri hidangan disediakan sebelum sedia dinikmati.

Antara yang menjadi tumpuan ialah ‘Live BBQ Stall’ dengan pelbagai pilihan makanan laut bakar seperti sotong, udang, ikan pari, kerang dan ketam, selain ‘Western BBQ’ yang menawarkan kambing berapi, daging panggang dan ‘cajun honey chicken’.

Keistimewaan bufet Ramadan di PGH turut terserlah menerusi rendang daging tulang rusuk, menu eksklusif yang menggunakan potongan tulang rusuk premium dimasak secara perlahan sehingga empuk itu menggabungkan rempah ratus tradisional, santan pekat dan herba segar, sekali gus menjadikannya antara hidangan yang dijangka menjadi pilihan pengunjung sepanjang Ramadan 2026.

Selain menu utama, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai menu lain seperti gulai urat keting, Ayam Geprek Pedas Berapi, Nasi Bokhara Ayam, Pais Bakar Tempoyak Petai Ikan Siakap serta aneka sajian tradisional dan kontemporari yang sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pengurus Besar Pulse Grande Hotel, Wan Mohd Hadafy Wan Mohd Khair berkata, konsep bufet Ramadan yang diketengahkan memberi tumpuan kepada pengalaman berbuka puasa yang menyeluruh dalam suasana selesa.

“Bufet Ramadan Santai Iftar Raikan Bersama di Pulse Grande Hotel menampilkan gabungan lebih 300 menu fusion Melayu dan antarabangsa, sajian ‘live cooking’ yang interaktif serta penggunaan bahan berkualiti tinggi yang disediakan oleh pasukan kulinari kami,” katanya pada Majlis Previu Bufet Ramadan Pulse Grande Hotel, baru-baru ini.

Menurut beliau, Bufet Ramadan Santai Iftar Raikan Bersama akan berlangsung bermula 19 Februari hingga 19 Mac depan dengan kapasiti maksimum sehingga 700 orang sehari.

Katanya, pada Ramadan kali ini, PGH menyasarkan kehadiran seramai 11,500 pengunjung merangkumi pelanggan awam dan sektor korporat.

Harga bufet ditawarkan pada RM135 bagi dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak menerusi promosi tempahan ‘Early Bird’ dari 1 hingga 31 Januari ini, manakala harga normal bermula 1 Februari ialah RM165 bagi dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN